Perhubungan antara Prinsip-prinsip TQM, Kepuasan Hati Staf, Kepuasan Hati Pelajar dan Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Kerangka Konseptual

oleh: Lim Kong Teong, Tang Swee Mei

Format: Article
Diterbitkan: UUM Press 2005-01-01

Deskripsi

Objektif artikel ini adalah untuk meneroka saling perhubungan antara prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), kepuasan hati staf; kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Elemen-elemen utama bagi pengurusan kualiti dalam konteks pendidikan dihuraikan secara ringkas, dan satu kerangka konseptual diketengahkan untuk menjelaskan saling perhubungan yang dihipotesis antara prinsip-prinsip TQM, kepuasan hati staf (pelanggan dalaman), kepuasan hati pelajar (pelanggan luaran) dan pencapaian akademik pelajar. Penulis merumuskan bahawa prestasi organisasi pendidikan dalam aspek kepuasan hati staf dan pelajar serta pencapaian akademik pelajar merupakan ukuran yang relevan bagi segala usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, dan menekankan kepentingan kepuasan hati pelanggan dalaman serta luaran sebagai pengantara dalam perhubungan prinsip-prinsip TQM dengan pencapaian akademik pelajar.