Modal Sosial dalam Mempertingkat Daya Saing Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

oleh: Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani

Format: Article
Diterbitkan: UUM Press 2007-12-01

Deskripsi

Kajian lepas menunjukkan modal sosial penting terhadap pembangunan firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Namun demikian, sejauh mana modal tersebut mempunyai hubungan dengan kejayaan firma masih tidak dibuktikan secara empirik. Berbeza dengan kajian-kajian lain, kajian ini menganalisis modal sosial dan hubungannya dengan tingkat daya saing firma menerusi indikator jaringan modal sosial dan tingkat kecekapan teknik firma. Menggunakan data kajian lapangan terhadap pengusaha bumiputera Melayu sektor pembuatan di Semenanjung Malaysia, hasil kajian menunjukkan modal sosial mempunyai pengaruh penting terhadap tingkat daya saing sesebuah firma.