KAJIAN STATUS KENAJISAN LARVA DAN PENGGUNAANNYA DALAM MAKANAN TERNAKAN: FATWA NEGERI PERLIS

oleh: Mohd Akram Dahaman@Dahlan, Zizi Azlinda Mohd Yusof

Format: Article
Diterbitkan: Universiti Sains Islam Malaysia 2024-08-01

Deskripsi

It has been scientifically proven that the larvae of the Black Soldier Fly (Hermetia illucens) are a sustainable food source. However, there are few studies from the perspective of fiqh law on the impurity status of Black Soldier Fly larvae (BSFL). According to the original legal principle, animals are allowed to eat any kind of food, whether it is halal or haram. Nevertheless, a dispute (mahal al-niza’) arises when impure food is fed to farm animals such as chickens, ducks, fish and shrimps, which eventually reach humans, especially Muslims as the final consumers. The reason for this is that livestock that is constantly fed with impure food is considered al-jallalah according to fiqh. This study uses qualitative methods and collects data through documentation and interviews. In this study, a distinction is made between the status of impurity and al-khabith (reprehensible), because not all al-khabith is impure and not all impurities are al-khabith. The researchers tend to believe that BSFL should not be categorised as impure (najs), but only falls under the category of al-khabith. This study is significant for the fatwa committees of Perlis to issue a fatwa on the status of impurity of BSFL.   Abstrak Black soldier fly (Hermetia illucens) larva (BSFL) telah dibuktikan secara saintifik merupakan sumber nutrisi yang lestari, bagaimanapun terdapat kajian yang terhad dari perspektif hukum fiqah dari segi status kenajisan BSFL. Pada hukum asal, harus bagi binatang-binatang memakan apa jenis makanan sekalipun tidak kira halal atau haram, bagaimanapun, pertikaian (mahal al-niza’) muncul apabila diberi makanan yang berstatus najis kepada binatang ternakan seperti ayam, itik, ikan dan udang yang akhirnya manusialah, secara spesifiknya Muslim sebagai pengguna terakhir (final consumer). Hal ini kerana, binatang ternakan yang diberi makan najis secara konsisten menurut pandangan fiqh dikira sebagai haiwan al-jallalah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan mengumpul data-data menerusi kajian kepustakaan dan temu bual. Kajian ini mendapati ada perbezaan antara status najis dan al-khabith (menjelikkan) kerana tidak semua al-khabith itu najis dan tidak semua najis itu al-khabith. Penyelidik cenderung kepada pendapat BSFL tidak dikategorikan sebagai hukum najis tetapi ia termasuk kategori al-khabith sahaja. Kajian ini signifikan kerana menjadi asas rujukan kepada ahli jawatankuasa Negeri Perlis dalam mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu kenajisan BSFL.