Amalan Kualiti dan Hubungan Gaya Kepimpinan Terhadap Elemen Soft dan Hard Model McKinsey

oleh: Che Azlan Taib, Azhar Ahmad, Noor Hidayah Abu

Format: Article
Diterbitkan: UUM PRESS 2015-12-01

Deskripsi

Kerangka  Transformasi  Perkhidmatan  Awam  (KTPA)  dibangun  berdasarkan  prinsip dan  landasan  keutuhan  tadbir  urus,  patriotisme  yang  tinggi,  nilai-nilai  murni,  etika korporat   dan   integriti,   eko-sistem   dan   persekitaran   perkhidmatan   awam   yang harmoni,   terangkum,   pelbagai   serta   kemajuan   sains   dan   teknologi.   KTPA   ini didokong  oleh  lima  Teras  Strategik  (TS)  perkhidmatan  awam  iaitu  mendaya  upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyat penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya,  dan  membudaya  nilai.  Justeru  agensi  kerajaan  mempunyai  tanggungjawab besar  bagi  merealisasikan  hasrat  tersebut  dan  satu  instrumen  komprehensif  wajar dibentuk.  Sehubungan  itu  kajian  ini  membentangkan  asas  pembentukan  kerangka persediaan  pembuatan  keputusan  dan  pembentukan strategik  organisasi  ke  arah pencapaian  transformasi  tersebut.  Tujuh  dimensi  dari  model  7S  Mckinsey  telah digunakan  untuk  memahami  kekuatan-kelemahan  organisasi.  Data  dikumpul  melalui soal  selidik  yang  diadaptasi  dari  model  7S  Mckinsey  yang  merangkumi  44  bilangan soalan;  9  item  untuk  SISTEM,  8  item  untuk  STAF,  masing-masing  6  item  untuk STRATEGIK, STRUKTUR dan GAYA, 5 item untuk PERKONGSIAN NILAI dan 4 item   untuk   KEMAHIRAN.   Seramai   273   responden   telah   terlibat   dan   ujian kebolehpercayaan  digunakan  bagi  mengesahkan  instrumen  melalui  3  kriteria  utama iaitu Coefficient Alpha(CA), Corrected Item-TotalCorrelation (CITC) danAlpha If Item  Deleted (AIID).  Ujian  mendapati  semua  dimensimemenuhi  kriteria  dan  hanya satu  elemen  7S  McKinsey  iaitu  STRATEGIK  mencapai  purata  skor  melebihi  70%. Hubungan   korelasi   pula   menunjukkan   semua   dimensi   mempunyai   hubungan signifikan  pada  nilai  p<0.001.  Kajian  juga  menunjukkan  wujud  hubungan  yang signifikan di antara GAYA KEMPIMPINAN dengan elemen SOFTdan HARD.